Fish

Pembaziran Di Hari Raya


Haram berlebih-lebihan ketika menyambut Hari Raya, sama ada Hari Puasa atau Hari Haji Allah Azza wa-Jalla berfirman:وَلاَ تُبَذِّرْ تَبْذِيْرًا اِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا اِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّه كافُوْراً “Dan janganlah menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya”. (al-Isra’ 17: 26-27)وَآُلُوْا وَاشْرَبُوْا وَلاَ تُسْرِفُوْا اِنَّهُ لاَ يُحَبُّ الْمُسْرِفِيْنَ“Makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (al-A’raf 7: 31) لاَتَزَوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رِبِّهِ حَتَّى يُسْاَلَ عَنْ مَالِهِ مِنْ اَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَه “Tidak berganjak kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia belanjakan”. (H/R Turmizi 2416. Al-Khatib dalam tarikhnya 12/440. Darimi 1/131. Abu Nu’aim, Al-Hilyah) Tujuan berhari raya ialah untuk beribadah dengan melahirkan syi’ar Islam serta menunjukkan nikmat Allah, tetapi bukan untuk bermaksiat dengan cara berbangga-bangga yang riak, menunjuk-nunjuk yang keterlaluan dan membazir.




Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Mengerjakan Solat `Ied

Disunnahkan bagi kita mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat `Ied. Jabir bin `Abdullah radhiallahu 'anh berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui jalan yang berbeza pada hari `Ied. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 986) Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) selalu menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan ketika pulang dari tempat solat `Ied. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui dua jalan tersebut. Ada pula yang berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada yang berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua jalan tersebut. Ada yang berpendapat untuk menampakkan syi'ar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih menepati kebenaran adalah agar perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, maka salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjatnya, sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya. (bnu Qayyim al-Jauziyyah, Za'adul Maad, ms. 49) Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Imam al-Syafi'i (rahimahullah) di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat `Ied. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi'i. (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 341)

Ucapan Selamat Hari Raya Yang Sunnah




Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ “Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab: “Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti) Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti) Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81) .




DEFINISI HARI RAYA

DEFINISI
Hari Raya, Hari Perayaan, Hari Lebaran, Hari Kebesaran atau Hari Ulang Tahun, disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘Id (عيد). (عيد)‘Id bererti: “Mana-mana hari yang di dalamnya manusia berkumpul”. ‘Id dari kata dasar : عاد – يعود “Kembali atau berulang” kerana manusia sentiasa kembali mengulang-ulangi hari tersebut”. (Lihat: Ahkamul Idaini fis-Sunnah al-Mutahharah. Ali Hasan bin Ali Abdul) Disebut ‘Id kerana hari tersebut sentiasa diulang setiap tahun. ‘Id juga dari kata al-‘adah العادة)) “Adat atau Kebiasaan” Jamaknya a’yad. ( اعياد) عيد المسلمون bermaksud: Orang-orang Islam yang merayakan Hari Raya mereka. (Lihat: Ahkamul Idaini fis-Sunnah al-Mutahharah. Ali Hasan bin Ali Abdul) (عيد)Menurut Ibnu Abidin rahimahullah pula: “Dinamakan id kerana segala macam kebaikan para hamba yang dilakukan setiap hari yang hanya milik Allah kembali kepadaNya. Antara kebaikan untuk para hamba ialah dibolehkan berbuka setelah sebelumnya dilarang makan dan minum, zakat fitrah (yang kebaikan pahalanya untuk hamba). (Adapun kebaikan ‘Idil Adha) dengan menyempurnakan ibadah haji, tawaf, nikmat daging korban dan sebagainya. Lazimnya pada hari tersebut Id - (عيد)) dipenuhi dengan kebahagian, kegembiraan, kesenangan dan nikmat”. (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin 2/165)Ibnul Arabi rahimahullah berkata: “Dinamakan (عيد) kerana setiap tahun terus kembali dan berulang dengan kegembiraan yang baru”. (Lihat: Lisanul Arab 3/319).
Fithri atau fitrah pula bermaksud sediakala atau sifat asal. Justeru itu Hari Raya `Ied al-Fithri adalah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut pada tanggal 1 Syawal setiap tahun bagi menyambut kejayaan umat Islam setelah berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dan kembali kepada fitrah iaitu sifat asal manusia yang dibenarkan makan dan minum sepanjang hari. Menurut al-`Allamah Ibnu `Abidin rahimahullah: Disebut `Ied, kerana pada hari itu Allah Ta'ala memiliki berbagai macam kebaikan yang akan kembali kepada hamba-hambaNya setiap hari, yang di antaranya (tidak berpuasa) setelah adanya larangan makan dan minum (pada bulan Ramadan), zakat fitrah, … Dan kerana kebiasaan yang berlaku pada hari tersebut adalah kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan dan hubur (kenikmatan). - Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 11. Dalil disyari'atkan `Ied al-Fithri sebagai hari kebesaran bagi umat Islam adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri." - Hadis riwayat Imam al-Nasa'i, di dalam Sunan al-Nasa'i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959


RINTIHAN SUBUH





Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.


"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.


Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.


"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.


"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.


"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".


Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.


Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.


"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.


"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.


Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.


"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti
mimpimu".


Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"


"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.


"Assalamualaikum", seru Subuh.


"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.













NILAI MASKAHWIN SELURUH MALAYSIA









BIL
NEGERI
NILAI
ANAK DARA
JANDA
A
B
C
A
B
      C 
1
JOHOR
RM 22.50 
RM 22.50 
2
MELAKA
RM 40.00 
RM 40.00 
3
NEGERI SEMBILAN
a. Bukan Waris
RM 24.00 
RM 12.00 
b. Ahli Waris
RM 48.00 
RM 24.00 
c. Kerabat Diraja di Wilayah 
RM 725.00 
Datuk Kelana& Kerabat
4
SELANGOR
i.   Puteri Sultan
RM 2,500.00 
RM 625.00 
ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri 
RM 2,000.00 
RM 500.00 
     kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri Kerabat
RM 1,000.00
RM 250.00 
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)
RM 550.00 
RM 137.50 
      Puteri Anak Raja (yang lain)
RM 300.00 
RM 75.00 
v.   Anak Perempuan org-org besar
RM 300.00 
RM 75.00 
vi.   Cucu orang besar
RM 200.00 
RM 50.00 
vii.  Orang Kebanyakkan
 RM 80.00 
RM 40.00
5
KUALA LUMPUR
 RM 80.00
  RM 40.00 
6
PERAK
 RM  101.00
7
PULAU PINANG
RM  24.00 
RM 24.00 
8
KEDAH
9
PERLIS
10
PAHANG
RM 22.50 
 RM 22.50
11
TERENGGANU
12
KELANTAN
13
SABAH
RM 100.00 
RM 80.00 
14
SARAWAK
RM 120.00 
RM120.00 
15
W.P LABUAN
RM 80.00 
RM 80.00 



cinta agung

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan


Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku